Tuesday, 28 April 2015
MAJLIS GRADUASI PRAUNIVERSITI SMK TAKIS PAPAR SESI 2013/2014
SMK Takis Papar telah mengadakan Majlis Graduasi PRAUNIVERSITI buat kali pertama sesi 2013/2014. Majlis ini dijalankan di Beringgis Beach Resort pada 28 Mac 2015. Majlis ini turut disempurnakan oleh YB Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin.
Ketibaan Y.B. Datuk Rosnah Bte Abdul Rashid Shirlin
Ucapan daripada Pengetua Cemerlang SMK Takis Papar, Tuan Haji Mokhtar Bin Haji Ibrahim
Y.B. Datuk Rosnah Bte Abdul Rashid Shirlin sebagai perasmi majlis
Ucapan daripada Penolong Kanan PraU, Encik Azmi Muhd. Dalin
Antara graduan PraUniversiti SMK Takis PAPAR
Antara ibu bapa pelajar yang hadir dalam Majlis Graduasi
Paluan gong sebanyak tiga kali yang dilakukan oleh Y.B. Datuk Rosnah Bte Abdul Rashid Shirlin sebagai simbol perasmian
Antara graduan yang menerima sijil graduasi
Persembahan yang menarik daripada pelajar PraU sesi 2015/2016
Perarakan keluar dewan
Jamuan makan selepas majlis graduasi selesai
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya dalam peperiksaan STPM sesi 2013/2014. Semoga berjaya pada masa akan datang dan selamat bergraduasi!
KEM KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SMK TAKIS 2015
Pada 06 hingga 08 Mac 2015, SMK Takis Papar telah mengadakan Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar SMK Takis Papar (MyMappsis) di Manis-manis Nature Resort, Ulu Kimanis Papar yang melibatkan pelajar Pra-U dan pelajar aliran perdana. Pelajar yang terlibat seramai 100 orang.
Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar SMK Takis Papar diadakan di Manis-manis Resort |
Guru yang bertugas sedang memberi taklimat ringkas kepada pelajar-pelajar sebelum bertolak ke lokasi kem.
Pelajar telah tiba di lokasi kem.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kem ini berlangsung.
Ketibaan Y.B. Datuk Rosnah Bte Abdul Rashid Shirlin bagi merasmikan penutupan Kem Kepimpinan MyMappsis 2015
Ucapan daripada Pengetua Cemerlang SMK Takis Papar
Y.B. Datuk Rosnah Bte Abdul Rashid Shirlin menyampaikan ucapan beliau.
Gambar bersama sebelum berangkat pulang.
Syabas kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan Kem Kepimpinan MyMappsis 2015 ini dengan jayanya !
Subscribe to:
Posts (Atom)