Friday, 15 May 2015

PENDAFTARAN DAN MINGGU TAUTAN MESRA PELAJAR-PELAJAR BAHARU PRA-U SESI 2015/2016

Pendaftaran dan Minggu Tautan Mesra pelajar-pelajar baharu Prauniversiti / Tingkatan 6, bagi Sesi 2015/2016 telah bermula pada 5 Mei hingga 15 Mei 2015. Seramai 152 orang pelajar telah disenaraikan untuk ditempatkan di SMK Takis yang kebanyakannya terdiri daripada lepasan SPM daripada SMK St. Mary Limbahau dan SMK Takis sendiri. Seluruh warga SMK Takis khususnya Prauniversiti SMK Takis, mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar baharu ini, "kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan". Diharapkan kejayaan demi kejayaan mampu direalisasikan bukan sahaja dalam kurikulum bahkan juga kokurikulum, bersesuaian dengan tema Minggu Tautan Mesra pada tahun ini "Prauniversiti Pemangkin Kegemilangan Sekolah".


"Orang-orang kuat" yang bertugas di Kaunter 1, 2, 3, 4, Kaunter Semakan
dan Kaunter MUET




Sebahagian daripada pelajar-pelajar yang mendaftar...

Taklimat ringkas kepada para pelajar dan ibu bapa, disampaikan oleh
Pen. Kanan Prauniversiti En. Azmi Muhd. Dalin


LAPORAN DAN GAMBAR DISEDIAKAN OLEH:
ASLINDA AHMAD
ZURAIDAH MUHAMMAD
SITI SHAFIKA MOHD. SUFFIAN

Tuesday, 5 May 2015

MAJLIS KENANGAN TERINDAH BERSAMA MANTAN PENGETUA SMK TAKIS

Pada 24 April 2015, Pramasis SMK Takis telah mengadakan "Majlis Kenangan Terindah" bagi meraikan mantan Pengetua Cemerlang SMK Takis, Tuan Hj. Mokhtar Ibrahim yang akan berpindah dan menjawat jawatan baru selaku Pengarah Kolej Vokasional, Likas, Kota Kinabalu. Ternyata perpindahan beliau banyak meninggalkan 'kenangan terindah' di SMK Takis. Dalam majlis tersebut beliau mengingatkan kepada pelajar-pelajar Prauniversiti SMK Takis untuk meneruskan dan menjaga legasi kecemerlangan STPM 2014. Beliau juga berharap pelajar-pelajar Prauniversiti dapat meneruskan pengajian hingga ke universiti. Beliau turut mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah Prauniversiti SMK Takis dan memohon maaf andai ada salah dan silap. Selamat bertugas di tempat baru, selamat maju jaya.

Antara pensyarah Prauniversiti yang hadir...



Pn. Zuraidah (PK 1), En. Sapli (PK HEM), dan En. Yahya (PK Kokum) turut hadir

Ucapan daripada Pen. Kanan Prauniversiti En. Azmi

Amanat terakhir Pengetua Cemerlang SMK Takis Hj. Mokhtar

 
Pelajar-pelajar Prauniversiti menikmati juadah, walaupun ringkas tetapi istimewa

Mengabadikan kenangan bersama Tuan Pengetua


Sumber Berita dan Gambar:
ZURAIDAH MUHAMMAD

KEPUTUSAN STPM 2014

Pencapaian SMK Takis dalam STPM 2014, merupakan pencapaian terbaik dengan keputusan lulus 100 peratus dan menjadi antara sekolah terbaik di negeri Sabah. Seramai 30 orang pelajar berjaya mencatat keputusan PNGK 3.00 dan ke atas. Jumlah ini bertambah kepada 35 orang selepas ulangan penggal 3 diumumkan pada 16 April 2015. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar Prauniversiti Sesi 2013/2015 atas kejayaan yang dilakarkan.

Sebahagian pelajar yang mengambil keputusan STPM sempat mengabadikan kenangan bersama pensyarah-pensyarah Prauniversti SMK Takis

Antara wajah-wajah cemerlang STPM 2014...


 Sumber Berita dan Gambar:
ZURAIDAH MUHAMMAD