Monday, 29 June 2015

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRAUNIVERSITI SMK BALUNG KE SMK TAKIS

Pada 30 April 2015, SMK Balung, Tawau telah mengadakan lawatan ke SMK Takis. Lawatan tersebut telah disertai oleh 33 orang pelajar Prauniversiti dan 8 orang pensyarah. Ketibaan rombongan pada jam 8.30 pagi telah disambut oleh beberapa ahli Pramasis yang diketuai oleh saudari Alisa Alvina Alexander, dan pensyarah-pensyarah Prauniversiti SMK Takis. Beberapa aktiviti yang dirancang telah diadakan seperti taklimat ringkas daripada Penolong Kanan Prauniversiti En. Azmi Muhd. Dalin, sesi kolaborasi antara pensyarah Prauniversiti SMK Takis dan SMK Balung, lawatan ke kelas Pendidikan Khas SMK Takis, dan aktiviti berkumpulan oleh Pramasis SMK Takis. Ternyata lawatan ini telah banyak memberikan impak yang positif khususnya kepada pelajar-pelajar yang terlibat, dan diharapkan program seumpama ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang. 

Pelajar-pelajar Prauniversiti SMK Balung, Tawau
Bersama-sama para Pensyarah Prauniversiti SMK Takis
Rombongan SMK Balung disambut secara sederhana dan ringkas
 
 
 
 
 
Ucapan selamat datang dan taklimat ringkas disampaikan oleh
Pengetua SMK Takis, Hj. Mokhtar Ibrahim,
dan Penolong Kanan Pra-U kedua-dua buah sekolah






Sesi suai kenal pelajar-pelajar...