Pada
15 Mei 2015, Penutupan Minggu Tautan Mesra bagi pelajar-pelajar baru
Prauniversiti sesi 2015/2016 telah berlangsung dengan jayanya. Sepanjang dua
minggu orientasi ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Ini bukan
sahaja sebagai pendedahan awal selaku pelajar tingkatan 6 tetapi juga untuk
mereka saling mengenali dan berinteraksi dengan rakan pelajar dari sekolah
lain. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Maznah dan
AJK tertinggi, En. Nizar dan Pn. Norhayati selaku kaunselor SMK Takis yang
mengendalikan pelbagai aktiviti sepanjang dua minggu orientasi berlansung. Tidak
dilupakan mantan pelajar-pelajar senior sesi 2013/2014, yang sudi turun padang
menjadi fasilitator. Satu kejutan telah dibuat dalam majlis tersebut, apabila
mereka menghadiahkan bunga dan dua biji kek bersempena sambutan Hari Guru yang
kebetulan jatuh pada keesokan harinya, 16 Mei 2015. Ternyata ingatan tersebut
cukup memberi makna sehingga ada guru yang menitiskan air mata. Terima kasih
daun keladi, kalau sudi tahun depan boleh belanja kek lagi...
Kejutan istimewa daripada mantan pelajar-pelajar Prauniversiti Sesi 2013/2014 yang sudi menghadiahkan kek dan bunga sempena Hari Guru 2015 |
posing... jangan tak posing... |
Kenangan terindah... |