Tuesday, 28 July 2015

PENUTUPAN MINGGU TAUTAN MESRA 2015



Pada 15 Mei 2015, Penutupan Minggu Tautan Mesra bagi pelajar-pelajar baru Prauniversiti sesi 2015/2016 telah berlangsung dengan jayanya. Sepanjang dua minggu orientasi ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Ini bukan sahaja sebagai pendedahan awal selaku pelajar tingkatan 6 tetapi juga untuk mereka saling mengenali dan berinteraksi dengan rakan pelajar dari sekolah lain. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Maznah dan AJK tertinggi, En. Nizar dan Pn. Norhayati selaku kaunselor SMK Takis yang mengendalikan pelbagai aktiviti sepanjang dua minggu orientasi berlansung. Tidak dilupakan mantan pelajar-pelajar senior sesi 2013/2014, yang sudi turun padang menjadi fasilitator. Satu kejutan telah dibuat dalam majlis tersebut, apabila mereka menghadiahkan bunga dan dua biji kek bersempena sambutan Hari Guru yang kebetulan jatuh pada keesokan harinya, 16 Mei 2015. Ternyata ingatan tersebut cukup memberi makna sehingga ada guru yang menitiskan air mata. Terima kasih daun keladi, kalau sudi tahun depan boleh belanja kek lagi...

Ucapan daripada Pen. Kanan Ting. 6 En. Azmi Muhd. Dalin

Ucapan Perasmian Penutupan Minggu Tautan Mesra oleh
Pen. Kanan Pentadbiran Pn. Zuraidah Salleh

Barisan pensyarah dan kaunselor yang hadir

Pelajar-pelajar baru prauniversiti sesi 2015/2016

Persembahan pelajar...


Penyampaian hadiah kepada wakil kumpulan 


 
Kejutan istimewa daripada mantan pelajar-pelajar Prauniversiti
Sesi 2013/2014 yang sudi menghadiahkan kek
dan bunga sempena Hari Guru 2015


posing... jangan tak posing...




Kenangan terindah...

No comments:

Post a Comment